Friday, December 23, 2011

why u still single? =;='



"Muka ko.,cam muka orang ada boyfrienndd lahh.." =;='

ooohh..ada eyh muka orang yang ada boyfriennd ngan orang takde boyfriennd?? Kalau macam nie senang lah skett.. takde lahh orang yang single terhengeh-hengeh nak tackle awek/boyfriend orang. Takdelah dye pusing-pusing kan kepala hotak dye pk "dye dah berpunye ke blomm??" Sekali aku rendam jugak kawan aku kat depan pantai kolej. Memadai je nak baca airmuka orang yang ada boyfriend ke tak. Haiisshh..


Itu aku tak kisah lagi, sukati ko lah nak baca orang tu ada adekk bape..pakwe bape.. yang buat akuu HOTTT setufff ada lah seorang hamba Allah berceramah dekat aku.


"Takkan dalam 19 tahun(masuk 31 dec ni) ko hidup takde sorang pakwe kot??Ko kena cari pakwe sekarang pastu cepat-cepat cop. kalau tak hidup ko bermadu lah nanti.."


HAHAAA.,.okayy..memang dye cakap benda tu cam petikk bunga kat tepi-tepi jalan kan. Bolehh main cop-cop. Kalau macam tu aku cop Farid Kamil lahh.. boleh takk?? HAIHH..Apa ko taw orang yang takde pakwe sekarang confemm2 hidup bermadu lah.Ntah-ntah ko yang ada pakwe yang bermadu kot..OPPPSsss. terlepas sudeyhh.



*kalau ada button macam nie takpelah jugak.Bila putus
tekan je button nie..dapat terus. tak gituu?? ><

Lekkkluu.aku baru nak masuk 19 tahun. masih MUDAA lagi kan.. so, better aku fokus -kat study daarii pusing-pusinngg pk kan benda nie. Bak kata lecturer aku, "takpayah terhengeh-hengeh sangat nak bercouple2.. hidup nie pusing2 je. Last-last sekali korang akan jumpa pasangan yang korang takpernah bercinta. Buang karan je couple ngan ramai2 orang." Oooppss,.mesti tak setuju ngan ayat dye kan. Nie berdasarkan pengalaman dye lah. Aku taktaw nak komen apa. HAHAAA..

Kepada mereka-mereka diluar sana yang ada pakwe tu.,.takpayah lah bangga-bangga sangat korang ada pakwe.. aku tak pernah kisah pown. Selamat berbahagia lah bersama pakwe korang yee.. peacee!! :)


p/s: lagii pown I dengar cakap makbapak I. Mereka yangputuskan segala2nya.Semua kawan laki I kenal kan kat mak I,..sume tak berkenan. cuma sorang je dye suka tapi sudah berpunya lah.. ^^

Monday, December 12, 2011

pesanan buat kaum hawa. ^^

Jangan disentuh hati lelaki....
Jika belum bersedia jadi isteri...
Jika belum bersedia jadi ibu Mithali...
Jika belum bersedia jadi Murabbi...
Jika belum bersedia menjadi penjaga harta suami...


Kerana seindah hiasan dunia buat suami...
Adalah wanita yang SOLEHAH...





Sunday, December 11, 2011

kasih seorang ibu


Hari ini genap dua minggu pemergian arwah adik. AL-Fatihah

Tarikh yang cantik. 1 Muharram.
Di pagi hari, matahari masih malu2 nak keluar, aku dapat panggilan dari ibuku yang jauh di mata.

"Doakan emak selamat bersalin.,air ketumban dah pecah nie. Mak takut." pukul 8 mak kol.

huh,.dah 12 orang anak tak pernah mak takut macam nie.Aku dalam mamai-mamai tadah tangan mohon kepada yang Esa semoga emak dan bakal adik aku selamat. Puuupps,,aku tertido balik. Tak sampai setengah jam aku dapat panggilan dari abang pulak.

"wada,adik tak selamat meninggal dalam perut.."
"hah,,yee..aku taw." mamai lagi aku jawab.

seminit kemudian baru otak aku berfungsi.terbeliak mata aku,terus terjaga.
"innallilah..." sebak datang.

Aku terjun dari katil ambil tuala,barang mandi kabut gi mandi. Terus pack barang dan on the spot pergi stesyen bas. Naik je bas yang ada timetu,,asal balik KL. Pakcik2 kat stesyen pelik,,semua orang baru nak balik uitm,aku pulak nak balik.hmmm..

6 jam perjalanan dari terengganu ke KL,mataku tak pernah nak lelap. Sedih. Sebak. Risaukan mak punya pasal. Pada masa yang sama abang pertama aku kat Penang. Dia pown bergegas balik sama macam aku.

Tepat pukul 4.30 petang aku sampai. Terus pergi jumpa emak kat Klinik. sampai sana baby still dalam perut emak. Tak boleh nak keluar. dan disebabkan baby tu dah tak bernyawa emak terpaksa guna effort emak sendiri untuk keluarkannya. Plus baby tue songsang sampaikan memerlukan 4 orang doktor untuk mengeluarkannya. Aku setia di sebelah emak dengan muka emak yang pucat dan keletihan.


Aku menyaksikan segala perit dan payah nye seorang ibu melahirkan anak,. :'(
dan tepat 7.30 malam baby selamat dikeluarkan. Emak sedikit pown tak mengeluarkan air mata. Emak redha segalanya. Aku pulak yang meleleh airmata. terasa betapa susah nya melahirkan anak.



Dalam kepenatan emak sempat bertanya kat aku
" ko berani ke nak beranak??"
errkk,,aku terkelu..taktaw nak jawab apa. dan aku biarkan je soklan tu berlaluu pergi sehinggalah mak terlena. Dalam lena mak,,muka mak berkerut-kerut. rupanya mak still trauma lagi. Sabar yee mak. :'(


Dan keesokan paginya, terus kebumikan arwah adik. Di saat kali terakhir kami sekeluarga dapat menatapnya, kami rasa bagaikan arwah adik pernah hidup bersama kami dan kami bagaikan tak rela permergiaanya. Tapi satu je pasti ada hikmah di setiap kejadian. Arwah adik akan tunggu emak di pintu syurga. Yakinlah emak.




~AL-FATIHAH...