Sunday, November 13, 2011

Harapan dan penerimaan ^^


jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat pada mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
janganlah sesekali kamu melepaskannya semula
ke dalam air begitu saje...
kerana ia akan sakit oleh kerana biasanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin,
ia akan menderita selagi ia masih hidup.
begitu juga...


setelah kamu memberi banyak pengharapan...
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu,hendaklah kamu
menjaga hatinya....
jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saje.
kerana dia kan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak akan melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu,..


jika kamu menadah air,biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
jangannlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu...
apabila ia retak,tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu memperbaikinya
mungkin ia masih dapat digunakan lagi.




begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya...
janganlah kamu terlalu menganguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
anggaplah dia manusia biasa.
apabila sekali dia melakukan kesilapan,
bukan mudah bagi kamu menerimanya.
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...
sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu akan trus hingga ke akhirnya...

jika kamu mimiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu..
mengenyangkan..berkhasiat..
mengapa kamu berlengah mencari makanan yang lain..?
terlalu ingin mengejar kelazatan..
kelak nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya...
kamu akan menyesal...


begitu juga jika kamu memiliki seseorang
yang pasti membawa kebaikan untuk dirimu..
menyayangimu..mengasihmu..
mengapa kamu berlengah cuba membandingkan dgn yg lain..?
terlalu mengejar kesempurnaan..
kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik
orang lain...

~RENUNG-RENUNGKANLAH~ (^^)v